Author Archive

Patah.

November 24, 2017

Advertisements

Hajj 2011/ 1432A.H. – Muzdalifah, Mina, Makkah, Madinah – YouTube

December 6, 2012

Hajj 2011/ 1432A.H. – Muzdalifah, Mina, Makkah, Madinah – YouTube.

Panduan Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah.DAT – YouTube

December 6, 2012

Panduan Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah.DAT – YouTube.

Salam

December 6, 2012

Dah lama x baca blog ni. Nk update status and make some new blog as well. Insyallah.

JENIS-JENIS AL-TAKHFIF

November 20, 2009

1. KERINGANAN DENGAN CARA MENGGUGURKAN TERUS HUKUM ASAL
Sekiranya terdapat keuzuran atau perkara-perkara yang membenarkannya. Contohnya:
 Gugur kewajipan untuk keluar menunaikan solat jemaah kerana sakit, udara terlalu sejuk, angin kencang dan hujan lebat. Rasulullah s.a.w telah mengarahkan para sahabatnya supaya menunaikan solat di tempat mereka berada pada malam yang terlalu sejuk dan pada hari hujan. (Riwayat al-Bukhari)
 Gugur kewajipan untuk keluar menunaikan solat Jumaat juga kerana sebab-sebab di atas.
 Gugur syarat menghadap kiblat ketika solat khauf, dalam keadaan takut diserang musuh dalam peperangan.
 Gugur kewajipan menunaikan haji dan umrah bagi orang yang tidak mampu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Surah Ali ‘Imran 3:97)
 Gugur kewajipan berjihad fi sabilillah bagi orang yang sakit atau cacat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tidaklah sama antara Mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai keuzuran dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka.” (Surah al-Nisa’ 4:95)
 Gugur qada puasa bagi mereka yang berbuka secara terlupa mengikut jumhur ulama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang terlupa dia sedang berpuasa lalu dia makan atau minum, maka hendaklah disempurnakan puasa pada hari tersebut, sesungguhnya dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
 Gugur kewajipan membayar denda kafarah orang yang melakukan jimak pada siang hari kerana terlalu susah (fakir). Menurut ulama Syafi’I dan satu riwayat daripada mazhab Hambali serta Isa bin Dinar dari mazhab Malik, bersandarkan kepada hadis A’rabi yang datang mengadu kepada Rasulullah s.a,w, orang itu telah mengaku bahawa dia telah mengadakan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari Ramadhan lalu Rasulullah s.a.w mengarahkannya supaya memerdekakan seorang hamba tetapi dia mengatakan tidak mampu. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruhnya berpuasa selama dua bulan secara berturut-turut tetapi dia juga tidak mampu. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruhnya member makan fakir miskin seramai 60 orang tetapi ini juga dia tidak mampu laksanakan. Tiba-tiba dating seseorang membawa sebakul tamar untuk dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda memberikan tamar itu kepada lelaki tersebut dan menyuruhnya menyedekahkan kepada orang miskin. Lelaki itu merayu kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, “Wahai Rasulullah, adakah orang yang lebih fakir daripada kami di Madinah ini?” Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda yang bermaksud, “Ambillah tamar ini dan berilah makan kepada keluarga kamu.” (Riwayat al-Bukhari)
 Gugurnya pelaksanaan hokum hudud (mencuri, zina, minum arak) dengan sebab wujudnya kesamaran (syubhah – reasonable doubt). Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Gugur hokum hudud dengan sebab syubhah.”

2. KERINGANAN DENGAN CARA MENGURANGKAN (MERINGKASKAN) HUKUM ASAL
 Mengurangkan bilangan rakaat solat empat rakaat kepada dua rakaat bagi orang yang bermusafir, tanpa mengira sama ada solat fardhu atau sunat.
 Bagi orang sakit yang tidak mampu melakukannya, dikurangkan gerakan dalam menunaikan solat. Seperti yang tidak mampu berdiri boleh duduk, cara rukuk dan sujud yang tidak dapat disempurnakan boleh dilakukan setakat termampu.

3. KERINGANAN DENGAN CARA MENGGANTI DENGAN HUKUM YANG LAIN
 Menggantikan wuduk dan mandi wajib bagi orang yang uzur atau tiada air kepada tayamum. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sehingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sehingga kepada kedua0dua mata kaki, dan jika kamu berjunub (hadas besar) maka mandilah, dan jika kamu sakit (yang tidak boleh kena air) atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (tandas) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tangamu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Ma’idah 5:6)
 Gugur kewajipan berpuasa Ramadhan bagi orang tua yang terlalu lemah dan digantikan dengan fidyah (bagi makan seorang miskin) setiap hari yang ditinggalkan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu member makan orang miskin.” (Surah al-Baqarah 2:184)

4. KERINGANAN DENGAN MEMBAWA KE DEPAN (MENYEGERAKAN)
 Jamak takdim iaitu membawa solat Asar ke dalam waktu Zuhur dan membawa solat Isyak ke dalam waktu Maghrib.
 Menyegerakan membayar zakat kerana membantu untuk mempercepat melakukan kebaikan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abu Talib r.a., bahawa Abbas bin Abdul Mutalib r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menyegerakan sedekahnya (zakatnya) sebelum cukup tempohnya (haul), lalu Baginda s.a.w membarinya kebenaran untuk melakukannya. (Riwayat Abu Daud)

5. KERINGANAN DENGAN MELEWATKAN / MENANGGUHKAN IBADAT
 Melewatkan solat Zuhur dan melakukannya pada waktu Asar dan menangguhkan solat Maghrib sehingga waktu Isyak (Jamak takhir). Diharuskan melakukannya dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musafir, solat di Mudzalifah pada malam raya korban bagi jemaah haji, kerana sakit, hujan lebat dan keuzuran lain yang mengharuskan takhir.

6. KERINGANAN MELAKUKAN IBADAT SEDANGKAN YANG MENGHALANGNYA MASIH WUJUD
 Sah solat orang yang telah beristinjak dengan benda lain dan masih terdapat kesan sisa najis yang yang tidak akan hilang dengan sempurna kecuali air.
 Dimaafkan sesetengah najis kerana terlalu sedikit, atau kerana susah untuk mengelakkannya atau terlalu sukar untuk menghilangkannya. Contohnya:
• Najis di kaki lalat yang hinggap pada orang yang sedang solat.
• Tanah di jalan yang mengenai pakaian, sedangkan jalan itu terdedah kepada najis dan kotoran.
• Percikan air kencing yang terlalu sedikit, yang tidak dapat dilihat oleh mata yang normal.
• Darah atau nanah luka; dengan syarat ia keluar sendiri daripada tubuh, bukan dengan sengaja dikeluarkan
[Lihat Fiqh al-Manhaji, Feqah Mazhab Syafi’I, jilid 1]

Selamat Hari Raya

June 20, 2009

Seloka Hari Raya

June 20, 2009

Dengar dengar itu.
Bedok telah berbunyi.
Sebulan puasa.
Tamatlah hari ini.
Lekaslah adikku.
Siapkan rumahmu.
Biar serba baru.
Untuk para tamu.
Jangan kau lupa.
Ketupat di dapur.
Rendang dikuali.
Jangan biar hangus.
Cuba lihat itu.
Kanak kanak berlari.
Dihalaman rumah.
Bermain bunga api.


Fake egg.

Kake egg houz.

Qardha hasan.

Hutang yang baik.

APS

Agama prosetan.

All my houz.

A blog by mud lumpur.

Aku yang sombong.

A blog by msabah 505.

Mama pola houz.

A blog by master 2020

Tanda Allah sayang.

Dimudahkan kita beribadah.

Aku yang lemah.

A blog by msabah 505.

Tolak.

Tolak dap masok longkang.

Vn40

A blog by meb.

Facelook vlog.

A blog by Awek Gemok.

Face vook houz

A blog by meb.

7054420566

A blog by Taman Abadi.